Pendidikan Akhlaq
Terlihat sebuah keluarga di stesen LRT petang tadi. Si ibu memarahi si anak, dan sang anak merasa sangat sedih dan bersalah serta marah pada ibunya. sang anak menyelongkar beg dan apabila membuka kotak “make up” emaknya, dan bertaburanlah bedak di beg dan lantai, sejurus itu juga emaknya memarahi anaknya.
keadaan keluarga ini berada di dalam keadaan yang tidak seimbang, merasa diri berada di dalam kesusahan. Mungkin kerana hutang atau masalah peribadi yang memberi tekanan besar pada institusi kekeluargaan.
Akhlaq membaluti sifat manusia menjadi lembut
pada zaman sekarang ini susah dan mungkin akhlaq diancam pupus… ya, kita melihat ramai yang mempunyai Islam, ramai bertudung labuh, ramai berkopiah, berdakwah dan menjalankan aktiviti kebajikan, menjadi benteng untuk menjalankan gerak kerja, meluaskan pengaruh. Mengumpul ahli, meramaikan suasana dan meluaskan pengaruh.
Namun yang sedikitnya adalah individu yang ber Akhlaq. perhiasan seorang muslim yang dikenali dan disukai oleh ramai manusia, yang menyentuh ramai orang-orang kafir dan ramai orang yang jahil menajdi tertarik dengan ISLAM, adalah kerana betapa berAkhlaqnya umat Islam.
Tertanya2, kemanakah perginya akhlaq pada diri kita? ya, kita mencerca orang lain yang tidak sependapat, kita tidak boleh pergi kepada menegakkan kebenaran dengan akhlaq yang buruk.
Tertegaknya Islam dalam diri umat Islam, adalah kerana Terpasaknya Iman,Akidah. Dan ia bukanlah semata2 iman dan akidah. Akhlaq menyaluti keduanya. Tanpa Akhlaq. pembelajaran aqidah, iman dan lain2 menjadi sebuah perpecahan. Betapa banyaknya tumbuh cabang2 ilmu. dan bagaimana untuk kita memurnikan ilmu yang ada? ianya Akhlaq.
Sekiranya ibu atau bapa ingin mendidik anak2 mereka dengan perkara baik, “Jangan mencuri” “jangan berbalah” “jangan mencerca” didiklah Akhlaq pada awalnya. semestinya segala ilmu yang lain mudah meresap kedalamnya dek kerna disiplin telah meresap ke dalam ruh. Ruh seorang Muslim.
Akibat ibu bapa mendidik anak2 hanya dengan menyuruh pergi ke sekolah dan menyuruh guru disiplin yang mendisiplinkan mereka. Maka akan terjadilah “Kejahilan Akhlaq” pada anak2 itu. Kejahilan akhlak juga membuatkan mereka menjadi “cerca mencerca” “pukul memukul” “saling bertelagah” kerana dunia yang berada di sekeliling mereka meresap kedalam minda.
Maka selamatkanlah diri anda dan keluarga anda dengan Akhlaq.
Semoga ada secebis pengajaran dan perkongsian manfaat disini. Salam amal.
