Penyakit – Curiga Mencurigai

Salam kehidupan dari Ai,

penyakit yang merosakkan perhubungan sehingga ke tahap dewa, atau ke tahap maksimum. Sememangnya adalah keCurigaan yang tinggi terhadap sahabat kita.

Sememangnya, kita memang mempunyai perasaan dan juga rasa tidak puas hati, mungkin kerana kita tahu apa kesalahan dia, atau kita tahu apa dosa dia.

Pembaca sekalian, kita perlu berakhlak dan berhikmah untuk melalui perkara sebegini, cara yang salah memang menjurangi lagi perhubungan antara kita dan orang itu. cara yang salah adalah
1. Perli memerli
2. Kutuk mengutuk
3. Sakit menyakitkan hati
4. Memulaukan orang itu
5. Semua jawapan diatas

cara2 ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang punyai kefahaman yang sangat sangat sangat lagi sangat terlalu sangat tinggi.

orang yang menggunakan cara seperti yang disebutkan tadi tanpa kefahaman atau motif untuk menaikkan orang itu punya kesedaran kefahaman adlah mengundang perpecahan dan fitnah yang sangat sangat lagi sangat besar.

Bukan semua orang yang faham itu ada kefahaman, bukan semua orang yang ada kefahaman itu beramal dengan perbuatan, bukan semua orang yang bermal dengan perbuatan itu membenarkan di hati.

nah… Kan? Kita tidak mungkin tahu orang itu apa salahnya, atau kita tahu salahnya, namun kita tidak akan pernah tahu apa “kondisi” dia.

satu situasi,

Kita melihat seseorang itu memarahi kawannya dengan begitu teruk sekali. dan terlintas di hati kita “Apa la budak tu. tak tahu adab ke nak maraha marah orang? sampai teruk sangat dia marah budak tu”

namun kita tidak tahu hakikatnya kenapa dia memarahi kawannya itu? Tapi memang penyakit manusia sentiasa mencurigai orang di sekelilingnya.
Wahai pembaca sekalian, Islam mengajar kita “berfikiran baik” tapi kita salah erti.

Berbalik pada situasi tadi, apabila kita mengetahui apakah sebabnya individu tadi memarahi kawannya itu… Apakah kita akan menyesal mencurigai dia? Atau kita puas hati kerana kita yang betul, individu tadi itu tidak punyai akhlak?

jawan yang benar adlah kita seharusnya menyesal kerana mencurigai dia dengan melemparkan tuduhan dia tidak berakhlak. Ataupun mungkin kita tuduh dia itu orang yang teruk.

Wahai pembaca sekalian, walaupun kita nampak perbuatan itu satu kesalahan, kita mesti lihat sebabnya.

Dalam situasi tadi, individu itu memarahi kawannya dengan teruk kerana kawannya itu telah mencuri duitnya dengan bilangan yang banyak. Nah…. Kita menyesal bukan?

Namun, sekiranya dalam situasi tadi, sebab individu itu memarahi kawannya dengan teruk kerana memang dia tidak berakhlak, adakah itu lesen bagi kita untuk mencurigai orang lain?v
Adakah itu akhlak kita untuk membenarakan di hati kita bahawa kita mesti membenci orang orang yang tidak punyai akhlak?
Atau adakah kita memang seharusnya mempercayai bahawa dunia ini memang kita harus curiga kepada semua yang di sekeliling kita?

Semua jawapannya adlaha tidak. Kenapa?
Kerana walaupun kita ada mencurigai orang lain sedikitpun. Walaupun orang itu memang harus dicurigai dan dia memang bersalah. “effect” (kesannya) adalah pada kita.
Kesannya adalah kita mentarbiyyah diri kita dengan mengakui perkara buruk orang lain sedikit demi sedikit… Dan akhirnya, kecurigaan kita itu memberikan taraf yang sama pada setiap orang. Dan terhasillqh
“trust no one”
maaflah, mungkin memang kadang kala kita tidak boleh percaya pada orang lain, tapi salah fikiran itu.
Yang kita tidak boleh percaya pada orang lain adalah apabila kita tahu yang orang itu memang tidak boleh kita percaya kerana telah terbukti dengan kukuhnya dia memang tidak boleh dipercayai.

Tapi sekiranya kita tidak mengenali orang itu, kita tidak boleh ktakan kita tidak boleh percayakan dia,
Seperti yang dikatakan pada awal tadi,
Bukan semua orang yang kita tidak kenal itu tidak boleh dipercaya,
Bukan semua orang yang kia kenal itu boleh dipercaya.

jawapan untuk diri kita sebenarnya, walaupun kita sebenarnya tahu, orang banyak yang tidak boleh dipercayai, tapi sekiranya kita ada “harta karun” bagi orang mukmin, iaitu “HIKMAH”
Kita akan tahu, walaupun kita ditipu oleh orang yang menipu, walaupun kita tahu ,orang itu tidak boleh dipercayai,
Pada hujung satu masa nanti, atau beberapa tahun nanti, orang itu pasti kembali ke jalan yang diredhai disebabkan “hikmah” yang kita lakukan.

Nasihat Ai, berhentilah kita dari sentiasa tidak percaya pada orang lain, kerana itu akan menjadi tarbiyyah rohani kita yang akhirnya, kita tidak akan punyai satu orang pun yang mempercayai kita ketika kita benar benar menunjukkan kebenaran

Selamat beramal ;)